Posts

Showing posts from September, 2022

SEBAB KENAPA PERLU BAJA KELAPA SAWIT - RAMAI RISAU SEBAB HARGA SAWIT MURAH

Image
 Waktu Bilakah Kita Tidak Perlu Membaja? Adakalanya terfikir, kita rasa seperti tidak mahu membaja sawit lagi. Kita harapkan kebun kita akan beri wang yang banyak. Selepas harga sawit jatuh, nak beli baja pun rasa tak balik modal. Rasa seperti duit jualan buah sawit habis begitu sahaja📉💸😭 Harga masih tak menentu sebab Inflasi Ekonomi Negara BOLEHKAH HENTI MEMBAJA SEKEJAP? Formulanya mudah. Kita makan untuk mendapatkan tenaga. Dari tenaga ini kita berusaha untuk membuahkan kejayaan. Sama juga seperti pokok. Pokok makan untuk mendapatkan zat dan tenaga. Dari zat dan tenaga ini terhasilnya buah tandan sawit. Makanan bagi pokok pula adalah Baja. KITA BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MEMBAJA DENGAN DUA SYARAT 1- Kita sudah bersedia untuk membaiki pokok yang akan sakit. Umumnya kita tahu, pokok yang lama tidak dibaja ambil masa lama untuk pulih. Adakalanya hingga 2 tahun lamanya.Manakala dari segi kos, untuk baik  pulih pokok yang sakit akibat tidak dibaja adalah tinggi. Bagaikan kita bekalkan u