anai-anai nak atasi banyak caranya tau..jom ketahui!!

 Anai-anai



Anai-anai adalah serangga perosak yang terdapat di kawasan hutan yang baru dibuka untuk penanaman sawit.  Masalah ini menjadi lebih rumit di kawasan tanah gambut kerana tunggul-tunggul kayu mengalami proses pereputan yang perlahan.  Pembakaran tidak boleh dilakukan kerana ia akan menyebabkan kebakaran kawasan yang teruk dan malah menyahahi peraturan Jabatan Alam Sekitar.  Anai-anai akan menyerang pokok sawit apabila tunggul-tunggul kayu menjadi kering kerana paras air di kawasan tanah gambut menurun.  Serangan dilakukan oleh anai-anai pekerja serta askar dan ia boleh berlaku pada pokok muda dan matang.


Serangan anai-anai pada pokok muda dapat dikenalpasti dengan terdapatnya longgokan tanah pada bahagian pangkal pucuk pokok sawit yang baru ditanam.  Pada peringkat awal, tanah ini kelihatan basah dan akan menjadi kering dari hari ke sehari sehingga keseluruhan pucuk dan batang pokok akan diselaputi dengan lapisan tanah.



Kesan daripada serangan ini menyebabkan pucuk daun mereput manakala daun-daun muda bertukar menjadi kuning sedangkan daun-daun tua masih hijau.  Serangan biasanya berlaku selepas 12 bulan anak sawit ditanam di ladang atau kira-kira bunga pertama mula muncul.  Pada peringkat ini serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada pokok dalam tempoh dua minggu.


Serangan anai-anai pada pokok matang adalah melalui dalam tanah dan memasuki batang sawit melalui bahagian pangkal batang berhampiran tanah.  Pada bahagian pangkal batang, perosak ini masuk melalui terowong-terowong yang dibina secara menegak.  Kawasan pembiakan perosak ini amat sukar ditemui kerana ia terletak di dalam tanah di kayu mati, lembab dan hampir reput.  Pada bahagian batang pokok, laluan perosak masuk ini akan diselaputi lapisan tanah yang masih basah.  Kesan daripada serangan ini akan menyebabkan pelepah bahagian bawah menjadi kuning manakala tandan tidak menjadi buah.


Pengawalan serangga perosak ini adalah dengan menggunakan racun seperti chlorpyrifos dengan cara menyiram larutan tersebut pada pangkal batang pokok tersebut.  Sebanyak 1 hingga 3 liter larutan racun pada kadar 0.2% bahan aktif diperlukan pada setiap pokok.  Kawalan ini berkesan pada peringkat awal serangan sahaja.  Pemusnahan sarang pembiakan perosak ini adalah perlu untuk menghentikan serangan kerana ratu anai-anai bertelur dengan kadar yang agak tinggi sehari dalam masa setahun dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teruk di kawasan tanaman tersebut.  Sarang pembiakan perosak ini perlulah dimusnahkan dengan memecahkannya dan menyiram dengan larutan racun chlorpyrifos pada kadar 2 g bahan aktif dalam 1 liter air.



Terdapat petua atau cara menghalau dan membunuh anai-anai:



Garam – Taburkan garam dapur di tempat anai-anai membuat sarangnya. Namun cara ini agak kurang efektif untuk menghalau atau membunuh kesemua anai-anai yang berada dalam sarang tersebut kerana garam hanya akan berada di permukaan saja. 

Jadi untuk memastikan ia lebih berkesan, campurkan sahaja garam dengan air. Biarkan campuran itu semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.


Air kapur sirih – Kapur bersifat panas dan ia sangat tak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut. Dan air kapur akan membakar kulit mereka. 

Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur sirih ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.


Air cucian beras – Air pertama dari basuhan beras juga boleh digunakan untuk menghalau anai-anai dari terus membina sarang. Caranya hanya sembur atau siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.


Minyak tanah – Kebiasaannya orang guna minyak tanah untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah. 

Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah.


Tembakau – Penggunaan tembakau juga dapat menghalau anai-anai dari rumah. Caranya anda perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Keesokannya, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
Minyak hitam - Minyak hitam dicurah di tempat ada anai-anai atau di atas busut. Elok dicurah pada bahagian laluan anai-anai masuk ke sarang.


Guna racun serangga - Penggunaan racun serangga cara berkesan menghalang dan membunuh anai-anai. Sembur racun terus kepada anai-anai atau tempat yang biasa anai-anai lalu.


Rosakkan busut - Anai-anai tinggal dalam busut. Yang melahirkan anai-anai ialah ratu. Cara untuk menghapuskan anai-anai ialah dengan menghapuskan ratunya. Cangkul dan cari ratu anai-anai di dalam busut. 

Busut yang telah dicangkul disembur pula dengan racun atau cara-cara di atas untuk menghapuskan saki baki anai-anai. Ada juga cara membakar sesuatu di atas busut.

Comments

Popular posts from this blog

CARA PEMILIHAN BENIH KELAPA SAWIT DAN JENIS BENIH KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

SEBAB KENAPA PERLU BAJA KELAPA SAWIT - RAMAI RISAU SEBAB HARGA SAWIT MURAH