SESUAI KE TANAM SAWIT DI TANAH GAMBUT NI???JOM KETAHUINYA...

 TANAMAN POKOK KELAPA SAWIT DI TANAH GAMBUT


Jom ketahui ...😃


Terdapat lima jenis bahan organik tanah yang biasanya membentuk tanah gambut bergantung kepada asal-usul dan kadar pereputan bahan organik, selain daripada bahan kayu (diameter lebih 2 cm) iaitu: 


i) Lumut - biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. 


ii) Fiber atau gentian - kepingan tisu tumbuhan dalam bahan organik tanah (tidak termasuk akar hidup). 


iii) Bahan fibrik. 


iv) Bahan hemik. 


v) Bahan saprik. 


Berdasarkan kepada tahap kedalaman tanah gambut maka ia telah dikelaskan daripada tiga kepada empat kumpulan baru iaitu jenis :


(i) Gambut cetek 50 - 100 cm, 


(ii) Gambut sederhana dalam 100 - 150 cm


(iii) Gambut dalam 150 - 300 cm dan juga 


(iv) Gambut sangat dalam > 300 cm. 




Pengkelasan tanah gambut untuk siri Penor. Secara kimianya, tanah gambut bersifat masam (pH>3.5). 😱


Terdapat juga tanah gambut yang mengandungi lapisan sulfurik di bawah permukaan tanah. 


Secara semula jadi, tanah gambut mempunyai status kandungan nutrien makro (N, P, K dan Mg) dan mikro (Cu, Zn, dan B) yang rendah. 


Dari segi fizikal pula, kebiasaannya paras air di kawasan tanah gambut adalah tinggi. 


Ini boleh mengehadkan proses pereputan bahan organik kerana kurang pengudaraan dan boleh memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pokok.


Nak tahu lagi tentang kelapa sawit anda dengan lebih lanjut ?



Boleh tanyakan saya jika perlukan bantuan😊


Comments

Popular posts from this blog

CARA PEMILIHAN BENIH KELAPA SAWIT DAN JENIS BENIH KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

anai-anai nak atasi banyak caranya tau..jom ketahui!!

SEBAB KENAPA PERLU BAJA KELAPA SAWIT - RAMAI RISAU SEBAB HARGA SAWIT MURAH