RAWATAN SAWIT SELEPAS MUSIM BANJIR

 Salam sejahtera semua..



tahukah anda, pokok sawit tidak sihat apabila musim hujan dan banjir ni.

Ramai yang masih tertanyakan apa yang perlu lakukan bagi tingkatkan hasil sebab selepas saja banjir hasil akan menurun secara mendadak serta musim melawas untuk pokok sawit pun jadi panjang yang abnormal.

sebelum itu saya nak ceritakan dahulu punca kenapa  yea.

Pokok akan  bermasalah selepas musim hujan di sebabkan:-

1)Pokok kurang mendapatkan cahaya matahari untuk hasilkan makanan melalui proses fotosintesis.

2)Waktu pokok masih dalam mode berehat iaitu musim melawas.

3)Pembajaan biasa mudah di hanyutkan oleh air hujan pada musim ini turun ke bawah bukit jadi tak dapat diserapkan ke pokok sawit.

4)Tanah akan sukar untuk menyerap lebihan kerana pH dalam tanah yang menjadi terlalu berasid dan menyebabkan takungan air serta banjir.

5)Penjagaan yang tidak teratur menyebabkan nutrien tidak seimbang untuk pokok sawit boleh menyebabkan pokok sawit menjadi tidak sihat dan masalah untuk pengeluaran hasil.


yang ini merupakan punca kenapa pokok masih lagi tidak dapat keluarkan hasil pada tahap optimum yang sepatutnya sawit boleh keluarkan setiapkan kali ambil hasil.


Bagi masalah ini ada cara untuk rawatan bagi merawat dan memaksimumkan hasil pada tahap optimum dengan cara yang sepatutnya.

APA NAK BUAT SELEPAS BANJIR

Saya nak sharekan sedikit tips untuk anda semua yang mana dapat membantu bagi merawat semula dan penjagaan sawit akan lebih sihat lagi untuk hasil tahap optimum.

Selepas musim hujan dan banjir ni kita sebaiknya lakukan proses penngapuran bagi kawal pH tanah untuk lebih teratur lagi.

Pengapuran ni boleh buat dengan:-

1) DOLOMITE

2) KASERITE

3) GARAM    

Bergantung pada bajet anda semua boleh pilih salah satu dari 3 cadangan di atas.

Bagi saya yang paling jimat dan kos lebih rendah dengan gunakan kaedah GARAM tapi penggunaan dengan cara 1kg garam sepokok serta semburan baja GoSawit sebagai pengurai dan penyerapan pada pokok dengan llebih effective lagi. jika gunakan dolomite atau kaserite pun lebih sesuai selepas tabur terus sembur baja GoSawit untuk bantu penguraian lebih baik lagi.


Harap tips ini memberikan anda semua lebih manfaat. nanti boleh SHARE dengan kawan yea.

TERIMA KASIH SUDI MEMBACA.

Comments

Popular posts from this blog

CARA PEMILIHAN BENIH KELAPA SAWIT DAN JENIS BENIH KELAPA SAWIT DI MALAYSIA

anai-anai nak atasi banyak caranya tau..jom ketahui!!

SEBAB KENAPA PERLU BAJA KELAPA SAWIT - RAMAI RISAU SEBAB HARGA SAWIT MURAH